Kenali Penulis


Nama: Muhammad Ashraf bin Misran.
Tarikh Lahir: 1 November 1991. Di Hospital Jengka
Asal: Jengka 17, Maran, Pahang

Merupakan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Jengka 17 dan Sekolah Agama Nurun Najah Jengka 17. Mendapat tarbiyah secara lebih khusus di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang, penulis merasakan kesan tarbiyah di bumi bertuah SMKA TAHAP sangat mempengaruhi pandangan hidupnya.

Lalu, penulis meneruskan pengajian di peringkat seterusnya dalam bidang Diploma Tahfiz (Syariah) dari tahun 2009 hingga awal 2012. Kini, merupakan mahasiswa tahun akhir Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa, Universiti Sains Islam Malaysia.

Kini penulis sedang dalam proses menyiapkan desertasi bertajuk "Shariah Issues in Islamic Banks Recovery Process".

Penulis mempunyai cita-cita yang besar iaitu melakukan transformasi dalam sistem kewangan yang diguna pakai pada hari ini kepada sistem yang berpaksikan syariat Islam - bebas riba, bebas gharar, anti-monopoli, anti-penindasan.

Untuk capai kepada cita-cita itu, penulis berpendapat reformasi kepada politik perlu dilakukan kerana itu akan menjadi dasar kepada perubahan sistem ekonomi yang shariah-compliant.

Penulis telah berkahwin dengan Sar Mastura binti Abdul Rahman dan alhamdulillah dikurniakan seorang anak bernama Asrar Mujahid.

Catatan popular daripada blog ini

10 Tips Membeli Kereta Terpakai

Ijtima' Aidilfitri Anak Rantau

Bukan Muslim katakan 'Ya' pada kewangan Islam